sebab saya ada penyakit
Bolehkah
saya mengamalkan Redianze Platinum sebab saya ada…
Migraine…?
J: Redianze memberi perlindungan
otak terhadap serangan toksid radikal bebas yang mungkin membantu memulihkan
keadaan migraine seseorang. Ini disebabkan oleh kandungan
astaREAL®P2AF yang merupakan satu-satunya antioksidan yang berupaya
menembusi selaput otak (blood-brain barrier) dan seterusnya memberi kesan
mengatasi stres oksidasi oleh radikal bebas yang melemahkan dan memusnahkan
sel-sel otak.
Jika berlaku sakit kepala sebagai
kesan pemulihan, syor mengambil Redianze sebelum tidur di waktu malam.
Saya ada
darah tinggi..?
J: Kesan positif Redianze
Platinum terhadap pesakit darah tinggi :
Memberi kesan positif kepada
tahap kolesterol di dalam darah (menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan
kolesterol baik). Ini akan membantu mengatasi penyumbatan salurdarah dan
melancarkan aliran darah yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
Kesan mengatasi radikal bebas
dapat mencegah penyakit degeneratif/kemerosotan diri seperti tekanan darah
tinggi.
Pesakit darah tinggi disarankan
mengambil ubat hospital seperti biasa cuma jarakkan pengambilan Redianze
Platinum selama setengah jam.
Seandainya tekanan darah semakin
menurun, dapatkan nasihat doktor samada perlu mengurangkan dos ubat hospital
atau mungkin menghentikan pengambilan ubat hospital tersebut dan amalkan
Redianze secara berterusan. Lakukan pemeriksaan berkala tekanan darah setiap 3
bulan sekali dan jalani gaya hidup sihat (kurangkan makanan masin dan berlemak,
bersenam, elakkan stress, jangan merokok, tidur secukupnya dan kawal berat
badan)
Kertas kajian dari
‘Hussein, et all, 2005’
Penurunan tekanan darah tinggi
selepas pengambilan selama 14 hari
Selepas 5 minggu pengambilan, ia
juga dapat menurunkan risiko penyakit strok
Mekanisme penurunan tekanan darah
disebabkan oleh pengaruh modulasi terhadap kesan nitrous oxide.
Saya ada
tekanan darah rendah…?
J: Redianze Platinum tidak
memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai tekanan darah rendah. Malah
mungkin ia dapat menstabilkan tekanan darah disebabkan kesan pemulihan terhadap
sistem kardiovaskular seseorang.
Saya ada
alahan pada makanan laut…?
J: Redianze Platinum mengandungi
kolagen jenis HMCP dan bukannya kolagen biasa yang mudah menyebabkan alahan
terutamanya kepada mereka yang alah kepada makanan laut. HMCP mempunyai
pengiktirafan ‘bebas allergen’ iaitu bebas dari bahan cemar yang boleh mengakibatkan
masalah alahan. Jaminan ini dapat mengurangkan risiko mereka yang sensitif
terhadap makanan laut dari mengalami masalah alahan.
Saya
menghidapi kanser…?
J: Disebabkan kesan positif HMCP
meningkatkan sistem imun dan kesan antioksidan yang kuat oleh astaREAL®P2AF, ia
berkesan untuk mencegah kanser.
Berikut di berikan kajian yang telah
dijalankan terhapat penyakit kanser :
astaREAL®P2AF menyebabkan hati
merembeskan enzim tertentu yang dapat membantu mencegah pembentukan kanser hati
– Gradelet, et al, 1998.
Sel tumor yang didedahkan kepada
astaREAL®P2AF mempamerkan penurunan kadar sintesis DNA – Sun, et al, 2001.
astaREAL®P2AF berupaya membantu
mengurangkan kadar percambahan sel tumor payudara sebanyak 40% – Kim, et al,
2001.
Sel kanser usus yang didedahkan
selama 4 hari kepada astaREAL®P2AF menjadi semakin lemah – Onogi, et al, 1998.
3 kesan utama astaREAL®P2AF dapat
membantu mencegah kanser atau mengecutkan tumor ialah secara
Kesan anti oksidan yang kuat
Kesan meransang sistem immun
Kesan mengawal selia ekspresi
genetik – Rousseau, et al, 1992.
Sebagai rumusan, Redianze
Platinum memberi sokongan yang mantap sebagai pemakanan tambahan bagi mereka
yang menghidapi kanser, akan tetapi rawatan hospital seperti pembedahan, kimo
atau radioterapi perlulah diteruskan.
Saya dalam
rawatan kimoterapi..?
J: Kimoterapi merupakan rawatan
yang menggunakan bahan yang dapat membunuh sel kanser yang disuntik kedalam
saluran darah pengidap kanser. Ia berkesan membunuh sel kanser namun kesan ini
turut terpalit kepada sel-sel yang sihat. Selepas mendapat kimoterapi, pesakit
akan berasa lemah tidak bermaya dan kurang berselera.
Dalam kes ini, sudah tentu sokongan nutrisi
dari pemakanan tambahan seperti Redianze Platinum amat diperlukan bagi membantu
proses pemulihan dalaman badan pesakit. Disebabkan kesan positif Redianze
Platinum terhadap pesakit kanser (spt soalan 5), gabungan pemakanan seimbang
yang segar dan Redianze amat membantu pesakit kanser yang menjalani rawatan
kimoterapi.
Saya
mengandung…?
J: Tidak digalakkan mengamalkan
Redianze Platinum. Walaupun tidak menyebabkan kesan mudarat terhadap janin, ibu
yang mengandung tidak disyorkan mengambil sebarang pemakanan tambahan selain
dari asid folik dan multivitamin.
Proses kehamilan amat sensitif terhadap
pengaruh luaran seperti jangkitan, demam, trauma dll. Dikhuatiri seandainya
berlaku keguguran disebabkan oleh faktor di atas, ia akan dikaitkan dengan
pengambilan pemakanan tambahan. Untuk mengelakkan sebarang kontraversi,
sebaiknya ibu yang hamil disyorkan tidak mengamalkan Redianze Platinum.
Saya masih
dalam pantang..?
J: Disyorkan mengambil Redianze
Platinum kerana ia dapat membantu pemulihan luka dan kesan hamil seperti
membantu menghilangkan kenduran kulit dan menegangkan semula kulit perut.
Saya
mengidap arthritis/sakit sendi..?
J: Kajian menunjukkan kandungan
HMCP dan astaREAL®P2AF di dalam Redianze Platinum dapat membantu mereka yang
mengalami masalah sakit lutut dan sendi terutamanya :
Rheumatoid arthritis
Osteo arthritis
Gout
Carpal tunnel syndrome
Frozen shoulder syndrome
Masalah sendi yang lain
Redianze Platinum membantu
membekalkan nutrisi atau bahan bina yang perlu bagi pemulihan sendi dan
mempamerkan kesan anti radang. Kesan antioksidannya juga dapat mengatasi proses
kemerosotan sendi yang boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Saya ada
tonsils..?
J: Dengan meningkatkan sistem
pertahanan tubuh, Redianze Platinum memberi kesan yang positif terhadap pesakit
tonsils.
Saya ada
gastric/ulser yang teruk..?
J: Kajian menunjukkan astaREAL®P2AF
dapat membunuh kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama
gastrik/ulser yang teruk.
Saya baru
jalani coronary bypass..?
J: Redianze Platinum dapat
membantu menggalakkan penyembuhan luka di samping mengawal kolesterol agar
tidak lagi menyumbati saluran darah di jantung.
Saya ada
masalah buah pinggang..?
J: Redianze Platinum boleh
memberi sokongan nutrisi yang amat diperlukan oleh pesakit buah pinggang.
Syarat utama bagi pesakit buah pinggang ialah kurangkan pengambilan air
maksudnya Redianze hanya boleh dibancuh di dalam gelas yang berisi seperempat
kandungan air sahaja.
Saya
mengidap kencing manis..?
J: Diabetes merupakan sejenis
penyakit metabolik dan kemerosotan diri. Disyorkan pengambilan Redianze untuk
membantu menyihatkan pancreas (dari ancaman toksid radikal bebas) dan mencegah
komplikasi yang mungkin timbul akibat kencing manis. Ia dapat membantu
menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Perlu diingatkan di sini bahawa walaupun
Redianze Platinum berasa manis, namun kandungan kalorinya rendah iaitu 77
kalori sahaja bagi setiap sachet. Kandungan gula Stevia (gula daun yang tiada
kalori walaupun manis) di dalam formulasi Redianze ini tidak menggangu bacaan
gula bagi pesakit kencing manis.
Saya
mengalami kitaran haid yang bermasalah..?
J: Redianze Platinum tiada
kandungan hormon dan tidak mempengaruhi kitaran haid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan